KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Beliau berkata hanya isi rumah domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj elektrik sebulan akan terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.
"Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan; kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil," katanya pada sesi taklimat bersama editor, di sini, hari ini.
Johan Mahmood berkata pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan, kerana selama ini mereka tidak dikenakan cukai itu.
Begitu juga, cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas bil air, katanya.
Kerajaan dijadual menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus mulai 1 Mac 2024, daripada enam peratus pada masa ini.
"Kami cuba untuk konsisten berhubung rawatan untuk jenis perkhidmatan yang serupa, tetapi kami belum memuktamadkan lagi kajian itu," katanya.
Menurut Johan Mahmood, kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan itu dijangka membawa tambahan hasil RM3 bilion kepada kerajaan tahun depan.
Mengenai sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan hasil negara, beliau berkata ketika ini bukan masa yang sesuai untuk pelaksanaan semula cukai tersebut.
"Kerajaan akan meneruskan (usaha) mengurangkan defisit fiskal dengan memperkenalkan langkah-langkah secara beransur-ansur, yang boleh meningkatkan hasil kerajaan dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan kepada rakyat dan perniagaan," katanya.
Mengenai cukai barang bernilai tinggi (HVGT), juga dikenali sebagai cukai mewah sebelum ini, Johan Mahmood berkata kerajaan masih sedang meneliti butiran terperinci mengenainya dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lepas berkata kerajaan akan menggubal undang-undang baharu untuk melaksanakan HVGT pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barangan bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan, berdasarkan nilai ambang barang.
Menurut Kementerian Kewangan, cukai itu dijangka dilaksanakan mulai 1 Mei, 2024.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Johan Mahmood berkata pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan, kerana selama ini mereka tidak dikenakan cukai itu. - Gambar fail/FB Johan Mahmood
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
Kerajaan anggar jana hasil tambahan RM3.45 bilion daripada cukai perkhidmatan
Kerajaan dijangka peroleh tambahan hasil RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam kepada lapan peratus.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
SST: 1,016 premis diperiksa, 24 notis dikeluarkan dalam Ops Kesan - Armizan
KPDN memeriksa 1,016 premis perniagaan dan mengeluarkan 24 notis dalam Ops Kesan yang bermula 1 Mac lepas, susulan kenaikan kenaikan kadar cukai perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus.
Ops Kesan bermula 1 Mac, pantau kenaikan cukai perkhidmatan
Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
Kenaikan cukai perkhidmatan tidak libat keperluan asas, gaya hidup rakyat
Kadar cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik masih kekal pada kadar enam peratus.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Februari 2024.
Kerja penyelenggaraan, pembaikan turut terbabit kenaikan cukai perkhidmatan
Kerajaan meluaskan cukai perkhidmatan merangkumi kerja penyelenggaraan dan pembaikan bermula 26 Februari.